HAMBA IBLIS

Bab 11

“Haryati dan Mak Esah, sila ikut sekali ye,” kata Hj Ghazali membuatkan semua yg berada di situ.berpandangan sesama sendiri. Namun demikian, Haryati dan Mak Esah akur.

Setibanya di kawasan kejadian, suasana sunyi. Tak kelihatan kelihatan sesiapa di situ. Mungkin masing2 menyorok dalam rumah kerana ketakutan. Hanya kelihatan Mak Lijah sedang rakus menjilat darah salah seorang mangsanya. Wajah dan tubuh badannya berlumuran darah. Keadaannya amat menakutkan. Haryati dan Mak Esah menggigil ketakutan dan hampir termuntah dgn bau hanyir darah.

Tiba2 Mak Lijah mengangkat kepalanya, memandang ke arah orang2 yg baru sampai itu. Matanya berwarna putih.

Mak Lijah merengus. Tak semena2 dia melompat dan berlari ke arah ketua kampung. Ketua kampung panik. Azmi cuba bergerak ke arah ketua kampung tapi dilarang oleh Hj Ghazali.

“Haryati, kamu pergi halang Mak Lijah,” Hj Ghazali memberi arahan menyebabkan sekali lagi semua orang di situ berpandangan.

“Saya tak berani, Tuan Haji,” sahut Haryati hampir menangis dgn tubuh badan yg menggigil.

“Cepat! Kamu lambat, tok ketua akan jadi mangsa,” jerit Hj Ghazali. Mak Esah dan terduduk.

Dalam keadaan kelam kabut tu, Haryati menurut perintah Hj.Ghazali, memberanikan diri berdiri di hadapan Ketua kampung utk menghalang kemaraan Mak Lijah.

Benar! Sebaik sampai di hadapan Haryati, Mak Lijah berhenti dan terus melutut. Kedengaran Mak Lijah menangis teresak2 seakan2 anak kecil. Namun suara esakan itu agak menyeramkan.

“Maafkan Awang, Ayah. Awang lapar. Dah lama ayah tak bagi Awang makan. Awang ingin nak cari makan sendiri,” Mak Lijah bersuara garau membuatkan semua terkejut. Masing2 tergamam. Siapa Awang? Kenapa dia melutut di kaki Haryati?

Hj Ghazali melangkah mendekati Mak Lijah yg masih teresak2 di kaki Haryati. Bahu Mak Lijah ditepuknya beberapa kali membuatkan Mak Lijah mengangkat kepala dan berpusing memandang ke arah Hj Ghazali.

Sebaik sahaja terpandang Hj Ghazali, Mak Lijah menjerit sambil menutup mukanya. Dia menggelupur di atas tanah.

“Tolong Awang, Ayah. Mereka cucuk mata Awang. Tolong Ayah, sakit!” Jerit Mak Lijah, masih dgn suara garaunya. Dan bunyi jeritan yg bergema itu amat menyeramkan.

“Aku akan panggil ayah kau. Tapi dgn syarat, kau tinggalkan tubuh yg sedang kau inap,” kata Hj Ghazali dgn suara tegas dan agak meninggi.

“Aku janji, aku pergi,” kata Mak Lijah.

“Kau pergi sendiri! Jangan bawa tubuh cucu Nabi Adam ini. Kau tak layak membawanya bersamamu,” kata Hj.Ghazali lagi.

Tak lama kemudian, Mak Lijah jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri. Ketua kampung dan Azmi memapahnya masuk ke dalam rumah. 

“Kita kena semadikan jenazah2 mangsa. Azmi, tolong buat laporan polis supaya kita dapat permit utk mengebumikan semua mangsa,” perintah ketua kampung dan Azmi mengangguk akur.

“Haji, kenapa jadi macam ni? Siapa Awang? Kenapa dia berlembut dgn Haryati?” Tanya ketua kampung. Haryati dan Mak Esah turut memandang Hj. Ghazali dgn wajah penuh tandatanya.

“Ini bukan mengamuk. Ini rasukan.” Sahut Hj Ghazali.

“Rasukan? Oleh siapa? Belum pernah lagi kejadian begini terjadi kat kampung ni,” kata ketua kampung lagi.

Hj Ghazali tak menyahut. Dia memandang ke arah Haryati, yg masih panik dgn kejadian sebentar tadi.

“Kita balik dulu. Hari hampir maghrib.” Kata Hj.Ghazali sambil melangkah meninggalkan rumah Mak Lijah bersama anak dan suaminya. Beberapa penduduk kampung juga berada di situ sementara menunggu polis tiba utk menyelesaikan urusan jenazah2 mangsa amukan Mak Lijah sebentar tadi.

Setelah solat maghrib, Hj Ghazali menghampiri Mak Esah dan Haryati. “Saya nak Mak Esah dan Haryati pergi ke tapak rumah lama kamu,” katanya.

“Malam ni? Kami berdua?” Kata Mak Esah, kembali risau.

Hj Ghazali mengangguk. Wajahnya serius.

“Tapi Tn Haji….,” Haryati cuba bersuara tapi dihalang oleh Mak Esah.

“Baiklah, kami akan ke sana. Tn Haji beritahu apa yg kami perlu lakukan,” kata Mak Esah tenang. Haryati memandang wajah ibunya dgn pandangan keliru.

“Kamu tak perlu buat apa2, pergi saja ke sana,” kata Hj Ghazali. Dan Mak Esah mengangguk tanda akur.

Setelah bersiap2, Mak Esah dan Haryati melangkah perlahan keluar dari rumah ketua kampung. “Hati2 Esah, Yati,” pesan Mak Minah. Dia agak bimbang utk melepaskan dua beranak itu keluar di malam2 begini, tambahan pula dgn kejadian siang tadi. Namun Mak Esah meyakinkan, jika ini adalah cara utk menghentikan semua kekalutan di kampung ini dan jika benar arwah suaminya terlibat, maka dia sanggup lakukan apa saja.

Di pertengahan jalan, mereka diganggu dgn bunyi2an pelik dan menyeramkan. Sesekali bunyi mendengus, bunyi anak kecil menangis dan bunyi hilaian dgn suara garau.

Langkah mereka terhenti bila satu bayang hitam melintas di hadapan mereka. Haryati memeluk ibunya.

“Mak, Yati takut. Jom kita patah balik ke rumah Tok ketua,” katanya sambil matanya melilau memerhati sekeliling.

“Tidak Yati, kita kena teruskan. Jgn risau, Allah akan lindungi kita. Tiada kuasa yg lebih kuat dari Nya,” kata Mak Esah memeluk anaknya.

Baru sahaja mereka melangkah beberapa tapak, tiba2 kelihatan seseorang berdiri di hadapan mereka. Dari sinar bulan mengambang penuh, jelas kelihatan ia adalah seorang lelaki tua dgn wajah yg tak begitu jelas.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a comment