ANDAI DETIK ITU TERHENTI

Bab 1 “Mak, Jiha ada benda nak cakap ni,” Jiha merapati emaknya. Mak Senah yang sedang melipat kain tu memandang wajah anak gadisnya tanpa berhenti melipat kain. “Jiha dan Ain ada masuk pertandingan. Dan kami menang. Kami dapat hadiah,” sambung Jiha sambil menarik sehelai kain batik dari rimbunan kain untuk dilipat. “Apa hadiahnya?” tanya Mak…Read more ANDAI DETIK ITU TERHENTI

DENDAM

Bab 14 (AKHIR) Keesokan harinya, seseorang datang menemui aku di rumah mak aku. Tak berkelip mata aku memandangnya. “Suraya?” aku tanya. “Ya, aku Suraya, kawan kau,” sahut Suraya. Aku memandangnya sambil terbeliak mata. “Kenapa kau pandang aku macam tu?” Suraya tanya aku. “Kau masih hidup? Kau belum mati?” aku tanya “Hish kau ni. Aku hidup…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 13 Aku terus mengikut langkah Pak Salleh. Kami berjalan melalui beberapa anak sungai. Sesekali aku pandang keliling. Kenapa macam jauh sangat kami berjalan sedangkan pintu paksi yang Suraya tunjuk kat aku tadi takdelah jauh sangat. “Memanglah terasa jauh sebab masa dengan Suraya kamu berjalan atas angin. Tapi sekarang kamu berjalan di atas tanah,” tiba-tiba…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 12 Wanita tua itu nampak keletihan. Dia masih cuba menyerang, tapi lelaki tadi mengangkat tangan ke arahnya. “Cukup. Kau tahu kemampuan kau. Ini bukan kali pertama kita berjumpa. Dan bukan kali terakhir aku lepaskan kau. Pergilah. Aku cuma mahu mengambil orang aku dari sini,” kata lelaki itu. “Tidak, dia milik aku. Dia akan menjadi…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 11 Berkali-kali aku pandang ke arah cahaya tadi, memang dah takde. Tak tahulah rasa nak nangis ke apa. Aku dengar bunyi suara burung bergema di udara. Aku mendongak. Suraya masih berada di dalam cengkaman kaki burung helang yang besar tu. Agaknya itulah burung garuda yang selalu aku baca dalam buku hikayat dongeng dulu-dulu. Bila…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 10 “Mira, ini aku. Suraya.” Aku dengar suara Suraya dari sebalik dinding buluh. “Ya, Sue. Kau nak apa?” aku tanya. “Mira, aku boleh tolong kau balik ke tempat asal kau. Tapi kau kena cepat.” Aku dengar lagi suara Suraya. Aku berdiri, agak terperanjat dengan kata-kata Suraya tu. “Jadi, kau percaya aku sesat di sini?…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 9 “Mira? Kamu dah sedar. Bangun nak. Minum air ni,” aku nampak mak aku. Aku masih di rumah buluh dalam hutan. Aku hampa. Kenapa aku masih kat sini? Aku yakin sangat, suara yang aku dengar tadi adalah suara Ustaz Alias. “Hmmm…. Dah sedar? Kononnya kuat sangat nak lari masuk hutan sendirian? Ini Paksi Keluli,…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 8 “Sebaik bulan beralih tapak, kita langsungkan perkahwinan mereka,” kata Pak Maliki. “Baik Pak Maliki,” sahut ayah. Dan sekali lagi pokok-pokok bergoyang seakan ditiup angin kencang. Dan ada benda yang jatuh ke atas kami bertiga. Mak melepaskan tangannya dari belakang leher aku. Aku terus bangun dan memandang ke tempat lelaki tua tadi. Tiada sesiapa…Read more DENDAM

DENDAM

Bab 7 “Kenapa kamu cakap macam tu? Apa lagi yang kamu nak mak buktikan bahawa kamu memang anak mak?” mak aku tanya. “Saya sedang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Mak tahu Kuala Lumpur di mana?” aku tanya mak aku. “Kalau kamu sedang belajar di sana, kenapa sekarang kamu berada di sini?” mak aku…Read more DENDAM